Pengasas GlowBeau : Puan Siti Norashikin

Latar Belakang

Bernaung dibawah Glow Beau Resources (SA 0064398-T),yang beroperasi di Shah Alam dan ditubuhkan pada tahun 2001 yang lalu,kini GB mengorak langkah menampilkan produk kesihatan wajah yang terbaru iaitu GloWhite Gold Essence.Selain itu,produk yang telah lama berada dipasaran iaitu Fiber Drink yang berfungsi untuk menurunkan berat badan sebanyak 2kg dalam masa 7 hari! sangat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sehingga kini.


Seorang bussinesswomen yang bermula kecil-kecillan sehiggalah dapat mengeluarkan produknya sendiri,Puan Siti Norashikin atau panggilan mesranya Puan Shikin merupakan seorang yang sangat tabah dan cekal dalam meneruskan perjuangan dan minatnya dalam bidang perniagaan.

Anak kelahiran Negeri Melaka ini merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahayamata.Beliau dikenali sebagai seorang usahawanita yang sangat peramah,baik hati dan suka berkongsi ilmu dengan orang-orang disekelilingnya.Namun didalam kelembutannya,beliau tegas dalam menjalankan perniagaannya bagi menjamin kepuasan hati pelanggan-pelanggan yang beliau sangat hargai.

Pengalamannya di dalam bidang kesihatan kecantikan memang tidak dapat dinafikan.Puan Siti Norashikin telah aktif di dalam bidang perniagaan kecantikan ini sejak dari tahun 2001 lagi.Alhamdulillah setelah 7 tahun berada didalam bidang perniagaan kesihatan dan kecantikan ini,beliau akhirnya berjaya mengeluarkan produk kesihatannya sendiri yang berkualiti dan pasti memuaskan hati pelanggan-pelanggannya.
 

 Inginkan wajah idaman?   more